Samsung Galaxy Note 8.0 Bakal Hadir Dalam Warna Coklat (Brown Black)?

samsung galaxy note 8.0 gt-n5100 warna baru coklat new colour black brown harga price malaysiaSewaktu diumumkan dan mula dipasarkan kepada pengguna, Samsung Galaxy Note 8.0 hanya ditawarkan dalam warna putih sahaja. Samsung dikatakan akan memperkenalkan tablet dengan skrin bersaiz 8 inci dalam warna coklat nanti.

Imej Samsung Galaxy Note 8.0 yang berwarna coklat (Brown Black) ini telah disebarkan oleh Evleaks menerusi laman Twitter-nya. Warna coklat ini tersedia untuk kedua-dua model Galaxy Note 8.0 (Wi-Fi) dan Galaxy Note 8.0 (3G).

Samsung Galaxy Note 8.0 (no. model GT-N5100) dikuasakan oleh prosessor 1.6GHz Quad Core Exynos 4412, RAM bersaiz 2GB dan ruang storan bersaiz 16GB. Skrinnya yang bersaiz 8 inci menawarkan resolusi 1280 x 800 piksel. Ianya tersedia dengan sistem operasi Android 4.1.2 Jelly Bean yang boleh dipertingkatkan sehingga Android 4.2.2 ke atas pada masa akan datang. Sama seperti model Galaxy Note yang lain, tablet ini turut disertakan bersama-sama dengan stylus S Pen.

Samsung Galaxy Note 8.0 versi WiFi+3G dijual pada harga rasmi RM1,699 di Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan Samsung Galaxy Note 8.0 boleh dibaca menerusi artikel berikut : Senheng/senQ Malaysia Menawarkan Samsung Galaxy Note 8.0 WiFi+3G (GT-N5100) Pada Harga RM1699

Menawarkan lebih dari satu pilihan warna sudah menjadi satu kelaziman untuk peranti Samsung dimana kita sudah melihatnya pada Galaxy S3, Galaxy Note 2  dan juga untuk Galaxy S4 tidak lama lagi.

Sumber : SamMobile

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet atau +1 di bawah.

Mengenai Penulis :

Pengasas dan penulis ArenaGajet.com yang kini menetap di Johor Bahru, Johor. Meminati semua perkara yang berkaitan gajet dan bidang fotografi. Gemar bermain game dan memancing pada waktu lapang.

Tagged with: , , , , ,
Posted in Samsung
11 comments on “Samsung Galaxy Note 8.0 Bakal Hadir Dalam Warna Coklat (Brown Black)?
  1. nazray says:

    wah samsung keluar gadget baru ye, berbaloi tak beli tab 8.0 ni? macam terlalu banyak je tengok gadget samsung ni. samsung keluarkan produk baru cepat sangat, harga cepat jatuh.
    nazray recently posted..Tutorial | Jailbreak iOS 6.1.3 menggunakan redsn0w.My Profile

  2. Osem…. Warna rekaan memang osem la…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Tertipu Facebook LikeMy Profile

  3. jal says:

    walaweh dah keluar warna coklat mesti lagi style nampa elegen, nyari xbeli lagi yg putih ritu heheh
    jal recently posted..Food Review : Mee Rebus RamliMy Profile

  4. Aan Shared says:

    mahal sangat je…

  5. Hafizul says:

    Emm cantik la color nih…
    Hafizul recently posted..Isteri Curang Versi NasihatMy Profile

  6. puteri kasih says:

    lajunyer samsung keluarkan gadget baru..tapi warna galaxy note 8.0 ni menarik :)
    puteri kasih recently posted..Kesan Meletakkan Gambar Dalam Setiap Artikel BlogMy Profile

  7. memang style lah camnie,,, lagi style kalu mampu beli hehe
    Khairul Zamri recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar DenaihatiMy Profile

  8. rafz xapait says:

    agak2 bile nk release kt msia ni….da x sbar sgt nk tggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Peminat Gajet Teraktif
No commenters found.
Arkib