Samsung Galaxy Note 2 Warna Merah (Red Ruby Wine) Dijual di Malaysia Secara Rasmi Pada Harga RM1999

samsung galaxy note 2 ii gt-n7100 warna colour merah red garnet ruby wine harga price review malaysiaSewaktu dilancarkan di Malaysia tahun 2012 yang lalu, Galaxy Note 2 telah ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Kelabu (Titanium Grey) dan Putih (Marble White) diikuti oleh warna Merah Jambu (Martian Pink) pada bulan Mac yang lalu. Terkini, Samsung Malaysia telah menambah satu pilihan warna untuk dipilih oleh pengguna iaitu warna Merah (Ruby Wine).

Masih mengekalkan spesifikasi yang sama dengan Galaxy Note 2 berwarna lain, ianya dilengkapi dengan prosessor 1.6GHz Quad Core, RAM bersaiz 2GB, kapasiti storan dalaman bersaiz 16GB, skrin 5.5 inci Super AMOLED HD, kamera belakang 8 Megapiksel, kamera depan 1.9 Megapiksel, fungsi NFC, bateri berkapasiti 3100mAH, menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean dan dilengkapi dengan S Pen. S Pen pada model ini juga hadir dalam warna merah.

samsung galaxy note 2 ii gt-n7100 warna colour merah red garnet ruby wine harga price review malaysiaSamsung Galaxy Note 2 menampilkan fungsi-fungsi yang menarik seperti Air View, menyokong Multi Window, Popup Note/Play, Quick Command, Easy Clip, S Beam dan lain-lain. Galaxy Note 2 juga merupakan salah satu peranti yang disokong oleh aplikasi Facebook Home dan boleh dimuat turun secara terus dari Google Play : Aplikasi Facebook Home Untuk Peranti Android Sedia Dimuat Turun Menerusi Google Play

Harga runcit untuk Galaxy Note 2 edisi terhad (limited edition) berwarna merah ini di Malaysia adalah RM1,999. Harga ini adalah untuk set original dengan jaminan oleh SME yang dijual menerusi pengedar sah Samsung di seluruh negara.

Sumber : Samsung Malaysia

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet atau +1 di bawah.

Mengenai Penulis :

Pengasas dan penulis ArenaGajet.com yang kini menetap di Johor Bahru, Johor. Meminati semua perkara yang berkaitan gajet dan bidang fotografi. Gemar bermain game dan memancing pada waktu lapang.

Tagged with: , , , ,
Posted in Samsung
19 comments on “Samsung Galaxy Note 2 Warna Merah (Red Ruby Wine) Dijual di Malaysia Secara Rasmi Pada Harga RM1999
  1. Stylest colour,boleh bagi informasi?adakah warna hitam boleh ditukar tempatnya kepada warna merah?
    Oneblogsocial recently posted..Wanzawawi.com Pemurah Dan Baik HatiMy Profile

  2. WRizuan says:

    huh kemas warna merah gini :)
    WRizuan recently posted..CPUV Campaigns PertamaMy Profile

  3. Samsung says:

    Rasanya lebih kepada warna maroon ni..
    Samsung recently posted..Perbezaan Pakej Samsung Galaxy S4My Profile

  4. style la…macam nak angkat satu la.. sebab memang minat note…
    Melastik Bintang recently posted..5 Persediaan Suami Menjelang Isteri BersalinMy Profile

  5. Hafizul says:

    Meleleh air liur..bila nak dapat gadget hebat mcm ni..emmm
    Hafizul recently posted..Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  6. onlajer says:

    tengok je la dulu :)
    onlajer recently posted..I Am Iron Man!My Profile

  7. titan says:

    2k? mak ai..leh beli 2000 mangkuk cendol tu.
    titan recently posted..Jangan komen.My Profile

  8. warna merah macam gini memang favourite aku. tapi harga dia boleh tahan jugak ni.
    khairul asrol recently posted..Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan!My Profile

  9. Nur Azie says:

    ada perbezaan harga note 2 w/grey dgn brown limited edition tu.

  10. tash says:

    ada ke Note 2 made in Vietnam?

  11. scherie says:

    klu nak bli sekarang harge nye mst da murh ke…

  12. scherie says:

    Klu murah bole lah beli…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Peminat Gajet Teraktif
No commenters found.
Arkib