Info & Harga : Sony PS3 God of War Ascension Legacy Bundle

sony playstation 3 ps3 super slim god of war ascension legacy bundle price malaysiaSempena dengan pelancaran game eksklusif terbaru untuk konsol Playsation 3 (PS3) iaitu God of War Ascension, Sony telah mengeluarkan konsol PS3 edisi terhad yang dikenali sebagai God of War Ascension Legacy Bundle.

Set bundle ini didatangkan dengan konsol Playstation 3 Super Slim berwarna merah (garnet red) yang dilengkapi dengan hard disk bersaiz 500GB beserta satu wireless controller DualShock 3 yang juga berwarna merah garnet .

Set PS3 ini turut disertakan dengan game God of War Ascension. Ascension merupakan game terbaru dalam siri God of War dimana ianya menampilkan peningkatan pengalaman permainan untuk mod single player dengan gameplay mechanics dan combat systems yang baru, serta buat pertama kalinya menampilkan mod online multiplayer ke dalam francais ini.

Selain dari God of War Ascension, set bundle ini juga disertakan dengan 5 game God of War yang terdahulu iaitu :

  • God of War
  • God of War 2
  • God of War 3
  • God of War: Chains of Olympus
  • God of War: Ghost of Sparta

Pemilik God of War Ascension Legacy Bundle ini juga akan mendapat keahlian percubaan (trial membership) Playstation Plus selama 30 hari.

Tarikh dan Harga di Pasaran

Sony PS3 God of War Ascension Legacy Bundle ini telah mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada 12 Mac 2013 dengan harga US$349 (sekitar RM1085 di Malaysia). Buat masa ini belum diketahui lagi bilakah set baru Playstation 3 ini akan dijual di Malaysia dan berapakah pula harganya nanti.

Jika anda bercadang untuk membeli konsol Playstation 3 dalam masa terdekat ini, saya mencadangkan anda menangguhkan dahulu niat anda itu untuk sementara waktu kerana set konsol permainan video beserta dengan 6 games God of War ini pastinya berbaloi untuk anda miliki nanti.

Sumber : Facebook Playstation

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet atau +1 di bawah.

Mengenai Penulis :

Pengasas dan penulis ArenaGajet.com yang kini menetap di Johor Bahru, Johor. Meminati semua perkara yang berkaitan gajet dan bidang fotografi. Gemar bermain game dan memancing pada waktu lapang.

Tagged with: , , , ,
Posted in Konsol Permainan, Sony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Peminat Gajet Teraktif
No commenters found.
Arkib