Harga Rasmi Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) di Malaysia Adalah RM2199

samsung galaxy s4 s iv gt-i9500 launch release date review retail official price rrp review harga runcit tarikh dilancarkan malaysiaDengan bermulanya pra-tempahan Samsung Galaxy S4 oleh DiGi , harga rasmi bagi Samsung Galaxy S4 telahpun diketahui dimana ianya akan dijual pada harga runcit yang disyorkan (recommended retail price) – RM2,199; iaitu harga yang sama sewaktu Samsung Galaxy S3 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012 yang lalu.

harga samsung galaxy s4 gt-i9500 digi malaysia price postpaid plan pelan pascabayarHarga ini adalah untuk model Samsung Galaxy 4 yang menggunakan prosessor Exynos 5 Octa-Core. Model ini tidak menyokong rangkaian 4G LTE yang lebih pantas tetapi tersedia dengan sambungan 3G/HSDPA sahaja.

Samsung Galaxy 4 (nombor model GT-I9500) ini dikuasakan oleh pemprosesan Exynos 5 1.6GHz Octa-Core, RAM bersaiz 2GB, skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dengan kepadatan piksel setinggi 441ppi. Ianya turut dilengkapi dengan kamera belakang 13 Megapiksel beserta dengan fungsi auto-focus dan LED flash. Kamera depannya pula mempunyai resolusi 2 Megapiksel yang mampu merakam video berkualiti Full HD pada kadar 30fps.

Smartphone seberat 130 gram dan berketebalan hanya 7.9mm ini menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean yang terkini beserta antaramuka TouchWiz Nature UX.

Maklumat lanjut berkaitan Samsung Galaxy S4 boleh dibaca menerusi artikel berikut : Info & Harga : Samsung Galaxy S4 Diumumkan Secara Rasmi

Samsung Galaxy 4 ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam (Mist Black) dan putih (White Frost).

Untuk tawaran dari syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia pula, hanya DiGi sahaja yang sudah mengumumkan harga peranti tersebut beserta pelan pascabayar mereka. U Mobile pula hanya menyediakan pendaftaran minat sahaja pada masa ini.

Celcom dan Maxis pula akan mengumumkan tawaran mereka tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S4 dikatakan bakal dilancarkan di Malaysia pada penghujung bulan April 2013 ini.

Kemaskini : Samsung Galaxy S4 4G LTE (GT-I9505) Kini Telah Dijual di Malaysia Pada Harga Serendah RM1924

Kemaskini : Samsung Galaxy S4 Akan Hadir Dalam 4 Warna Baru – Biru, Merah, Ungu dan Coklat

Kemaskini : Celcom Menawarkan Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) Pada Harga Serendah RM1338

Kemaskini : DiGi Menawarkan Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) Pada Harga Serendah RM1199

Kemaskini : U Mobile Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S4 di Malaysia

Kemaskini : U Mobile Menawarkan Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) Pada Harga Serendah RM899

Kemaskini : Maxis Akan Melancarkan Samsung Galaxy S4 Pada 27 April 2013, Berharga RM1449

Baca juga : Samsung Galaxy S4 Versi 4G LTE (GT-I9505) Akan Dijual Pada Harga RM2399 di Malaysia?

Baca juga : Lokasi Pelancaran Samsung Galaxy S4 di Malaysia Pada 27 April 2013 Diumumkan

Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang Like, Tweet atau +1 di bawah.

Mengenai Penulis :

Pengasas dan penulis ArenaGajet.com yang kini menetap di Johor Bahru, Johor. Meminati semua perkara yang berkaitan gajet dan bidang fotografi. Gemar bermain game dan memancing pada waktu lapang.

Tagged with: , , , , ,
Posted in Samsung
25 comments on “Harga Rasmi Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) di Malaysia Adalah RM2199
  1. Terimakasih,ramai rakan rakan yang menunggu untuk tahu harga S4.Bagi admin mana yang lebih baik antara Note 2 dengan S4?
    Oneblogsocial recently posted..10 Blog Akan Saya ReviewMy Profile

    • Wan Mohd Hafiz says:

      Sama2.

      Sudah tentu Galaxy S4. Banyak features baru ada pada Galaxy S4 ni. Lagipun Note 2 adalah produk tahun lepas, jadi sesetengah teknologi yang ada pada phablet ni dah ketinggalan berbanding Galaxy S4. Tapi tak boleh dinafikan, Galaxy Note 2 masih satu produk yang bagus untuk dibeli. Harganya pun dah makin murah sekarang.

  2. Mus says:

    bole tahan harganya..
    trade in jerlah s3 saya ni..
    Mus recently posted..Gambar Hitam Putih Semasa Di Lahad DatuMy Profile

  3. Hairul Azni says:

    Nampak menarik..boleh la saya cuba gajet beroperasikan android pulak..
    Hairul Azni recently posted..Terkini Mengenai Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  4. puteri kasih says:

    best juga kalau dapat memilikinya nanti :)
    puteri kasih recently posted..Senarai Terkini Calon Untuk PRU13My Profile

  5. hatiputera says:

    Kebanyakan gadget samsung sekarang bermula dari harga 2k ke atas.
    hatiputera recently posted..Harga Emas Hari IniMy Profile

  6. Katak Comel says:

    mhlnye..
    tggu hrge trun ckit bru rembat..
    hihi
    Katak Comel recently posted..Senarai Artis Menyokong Barisan Nasional Dan Pakatan Rakyat Secara TerbukaMy Profile

  7. ajumohit says:

    masih setia dengan product apple, suami pula dgn samsungnya
    ajumohit recently posted..Borang Permohonan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)My Profile

  8. MyLegoland says:

    Cantik betul. Cuma harganya sahaja yang tak boleh tahan :wink:
    MyLegoland recently posted..LEGOLAND MALAYSIA Ticket: Just Too Expensive For Local Folks?My Profile

  9. hafizrahim says:

    mahal jugak tu..hmm..takpe..fully utilize s3 dlu, baru boleh fikir nak upgrade ke tak
    hafizrahim recently posted..Harga Emas Jatuh? Apa Perlu Buat?My Profile

    • Wan Mohd Hafiz says:

      Samsung pun ada maklumkan sesetengah fungsi pada Galaxy S4 akan hadir ke Galaxy S3 nanti. S3 pun masih lagi smartphone yang best.

  10. beckhrooy says:

    harga tidaklah terlalu mahal kalau tengok specs kan
    beckhrooy recently posted..Berapa Harga Samsung Galaxy S4 Di MalaysiaMy Profile

  11. Hafizul says:

    Emm belum ada rezeki nak memakainya..hehe

  12. otai says:

    Nk ty model mane plg bgs?I9500 atau I9505?dan beza cm kelajuan internet je ke?

    • Wan Mohd Hafiz says:

      Kalau nak phone yang support 4G LTE,pilih I9505. Beza dia kelajuan Internet dan jenis prosessor yang digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Peminat Gajet Teraktif
No commenters found.
Arkib